Selasa, 22 November 2011

JANGKITAN KUMAN DI PARU2


Pengenalan
Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.
Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
  • Demam panas
  • Batuk dengan atau tanpa kahak
  • Sakit dada
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan
  • Rasa tidak sihat, sering merengek
  • Pernafasan laju atau susah bernafas
  • Muntah atau cirit-birit
Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.
Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
  • Pernafasan laju
  • Sukar untuk bernafas
  • Bibir menjadi biru
  • Batuk berdarah
  • Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing
Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.
Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:
  • Paracetamol
  • Rehat yang secukupnya
  • Minum air yang banyak
Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini? 
Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:
  • Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)
  • Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
  • Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)
Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.

mimi sakit..

6/11/2011 bersamaan Hari Raya Haji..mimi dah start demam & batuk.ingatkan demam biase je,so aku bg la sirap panadol kat mimi,kejap je okey..pastue mimi demam lg.Raya yg kedua aku bwk mimi pegi klinik negara kat sentul sb demam dia semakin kuat diikuti batuk2 kuat.dokter bangsa singh tue ckp sb panas..so,dia kasi ubat demam,kahak,batuk,antibiotik & selsema..sblm tue dia mskkan ubat demam kat bontot anak aku sb demam terlalu tinggi.Badan mimi dah semakin lemah & pernafasan dia cam semput sikit kdg ade bunyik sreeettt2..
Setiap hari aku x lupe bg ubat kat mimi.tp,keadaan still the same.Pd,waktu malam mimi x lena tido psl batuk2.kesian aku tgk mimi,cam dah x bermaya nak bangun pun.dah 2 hari mimi x selera nak  makan,minum..minum susu pun 2,3 kali tue pun x abis.Pampers selalunye basah tp,sejak aritu kering kontang.Dalam fikiran ku mesti ade yg x kena,sb, sblm nie demam pun x dela teruk mcm nie.Dah msk 4 hari,ubatan yg diberikan oleh dokter klinik tue pun abis licin..tp,mimi still demam & batuk lagi.Tuhan je tau perasaan aku bile tgk anak aku x seaktif dulu lg.so,aku srh suami aku bwk mimi pegi jp pakar pd ptg tue.benda2 mcm nie mg x leh lambat2 kan takut terjd ape2.sb,aku ade terbace berita psl anak kpd penyanyi safura yg meninggal dunia sb demam.
so,kami bwk mimi pegi hospital Damai service jln.ipoh.service dia mg lembap wlpun swasta..dekat 30 min tggu akhirnye kami jp dokter,tp,bkn pakar kanak2.dia suspek mimi dapat jangkitan pada paru2..YaAllah terkejut btl aku.rase cam x bergunenye aku jd sorang ibu.so,dokter bg ubat demam melalui bontot jugak sb demam masih tinggi.dokter suggested kami pegi GHKL sb kat sane ade pakar paed yg agak bgs.so,kami pun pegi la..sampai kat sane aku pegi kaunter kat kecemasan & bg referal letter dr Damai service td.kemudian  aku disrh tggu lg kat bilik menunggu dlm A& E.Mase bilik menunggu penuh ngan org..mcm2 kes..alamatnye jenuh la menunggu..haissh.
Suami aku pun dah xleh sabo lg..so,bawak kami pegi Hospital Pusrawi.Syukur sb,pakar kanak2 mase tue ade lagi iaitu Dr Azam Mohd Nor ..lps di periksa mg x salah lg ckp dokter kat Damai tue yg mimi mg ade jangkitan kuman pd paru2 nye a.k.a Bronchitis.Dr.Azam suggested mimi kena admitted 2,3 hari utk rawatan lanjut menggunakan nebulizer bg mencairkan kahak & jugak suctioning bg mengeluarkan kahak.so,kami have no choice..aku  juz nak anak aku sihat mcm dulu.brp kos bayaran kira kemudian.
Mimi pun masuk wad Ar.Raihan bilik No.14-2..bilik 4 katil.Hari pertama,mimi sangat x selesa ngan nebulizer & nurses..tp,lps beberapa hari mimi beri dah boleh kerjasama.kesian anak aku,setiap hari kena suction tuk mengeluarkan kahak..x sanggup aku dgr mimi menanggis merayu2.Tp,aku tahan je perasaan nie demi kebaikan mimi.Pernah suatu hari aku dah x tahan aku menitiskan air mate.Dr Azam setiap pagi akan dtg buat  buat pemeriksaan.dia ckp Bronchitis nie ambik mase tuk sembuh.so, dia ckp kena stay lg sampai seminggu.aduyaii..hati dah x tahan uk spital,asyik ingat kat umah je.
Msk hari ke 6..mimi dah semakin sihat,dah pandai ajak balik.hari nie dr.Azam x de krn pegi bercuti diganti ngan dr.Ruzini..dia ckp still ade bunyik2 kat dlm dada mimi,so,dia tukar ubat tuk kahak.ubat yg kuat sikit.
Ternyata mg berkesan ubat tue..keesokannye dr.Ruzini ckp yg kami dah dibenarkan klr wad pd esok hari..mase tue rase nak melompat2 gembira punye psl..hehe.Aku bersyukur pd mase yg same kerana mimi dah sihat spt dulu.


MORAL OF DIS STORY : jgn tggu lame2 bile anak2 demam & batuk berminggu2 terus pegi jp pediatrician..sekian.


Rabu, 31 Ogos 2011

Kini tibala masanye...




SALAM SUME PEMBACE BLOG NIE..

Dengan ucapan selamat hari raya Aidilfitri..mohon maaf jika ade salah & silap taip..hehe..semoga korang raikan dgn penuh rase kebahagian & kedamaian..
Oh ye..memandangkan raya & hari kebangsaan kite selang sehari je..so,aku pun nak ucapkan slmt hari kemerdekaan yg ke 54 thn.
bercerite ttg raye kali nie,aku x balik kg..sebenarnye ssh aku nak terangkan kenape..biarlah menjd rahsia peribadi aku je.walaupun sgt2 kecewa sampai rase nak terjun bangunan..eh,xdela..gurau je..tp,aku tetap raikan kat sini dgn serdehana saje..huhu..:(((((((
Bg menghiburkan hati yg tengah keciwa..pagi raye 30hb ,aku masak rendang daging & mkn ngan lemang..perghh!!..lupe sekejap perasaan keciwa aku tue.
okeyla..setakat ni dulu ye..dah penat nie,nak titton dah..


XOXOXOXOXOXOOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO

Khamis, 11 Ogos 2011

ulangtahun perkahwinan yg ke 2

Salam Ramadhan..
 

Hari ni dah masuk hari ke-11 umat islamberpuase..tp,aku br je pose 6 ari..yg 5 ari tue "cuti sakit"..hehe..phm2 je la kaum pompuan nie..ishh2..bkn tuela aku nak citer ari nie..pd 9hb ogos yg lps adlah merupakan hari ulangtahun perkahwinan aku & wan yg ke-2.kami x celebrate,bcoz pose okey,kami postpone tahun dpn je la celebrate,namun aku bersyukur sgt2,wlpun kami byk di landa pelbagai mslh iaitu dtg dr kami snd..tp,kami tetap berthn kan hubungan yg suci ini demi anak kesayangan kami Nur Aimy Qistina (mimi).semoga hubungan kami ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat kami.korang doa2kanlah kami jugak ye.oklah,aku dah nak out,coz nak gi psr mlm beli mknan tuk buke pose.

Ahad, 31 Julai 2011

Ramadhan kali ini....



Assalammualaikum..pembace2 blog usang nie..

Esok..31hb julai bermulalah  ibadah pose untuk seluruh umat Islam di dunia nie..korang dah ready ke..i mean mental & fizikal..hehe..aku dah ready awl2 lg..teruje plak nak berpose taun nie.korang pose tau jgn x berpose ye!!byk2kan la beramal di bulan mulia nie.






Khamis, 14 Julai 2011

TGV SUPRISE FOR NUFFNANGERS..

Salam yall..

Yahoo!!..br je aku di "suprise" kan oleh  NUFFNANG..aku dpt 4 pas wayang percume di TGV cinemas.Bole tgk kat mn2 oulet diseluruh dunia..mg sonok kalu dpt benda free nie..lalala.maybe aku adalah slh seorng nuffnangers bertuah yg br saje menyambut  besday untuk bulan nie (julai).Tuk pengetahuan korang,x sume nuffnanger yg dpt,coz mrk yg terpilih pun adalah mrk2 yg duk area lembah klang saje.Seramai 250 Glitterati nuffnangers saje akan dipilih secare rawak pd setiap bulan..maybe next time korang plak yg akan terpilih.Nuffnang akan menghantar notis melalui email.

*Thanks a lot TGV for this suprise..im so hepi..!!


Jalan2 kat Floria 2011 @ Putrajaya

Salam 1 Malaysia..

Pada ari sabtue yg lps mak aku yg duk Putrajaya tepon,katenye kat sane ade pesta bunga..cam taun lps.so,dia ajak la aku..sb dia tau aku mesti bosan duk umah sorang2.mak aku dr dulu lg tau yg aku ni kaki jalan2..hehe.Aku pun cepat2 la bersiap2 nak balik Putrajaya..cpt2 packing baju tuk aku n mimi..tp,aku sempatla masak tuk hubby aku..n aku pun dah mintak izin dia dulu.Pas masak sedang molek adik aku Amru sampai nak ambik aku.Kiteorg pun bertolakla kesane lps lunch.Keadaan jalan sgt lenang disbkan berlaku perhimpunan BERSIH,maka lancarla perjalanan kami pd ari itu.
Kami sampai dlm kul 2 lbh kat umah mak..rehat2,mkn2 lg..malam tue br kami pegi,sb nak tgk bunga api sempena pelancaran pesta bunga.Mg ramai org,berpeluh kami dibuatnye..mimi plak nanggis sb takut ngan bunyi letupan bunga api.so,terpaksala aku dukung dia..penat dia buatnye..yg paling aku suke bile ade perarakan bot berhias dr pelbagai negeri..siap diiringi ngan lg negeri masing2..sonokla tgk..sumenye meriah ngan lampu yg berwarna warni.Adik aku sempatla snap beberape keping gambar wat kenangan.Aku nak kongsila ngan korang ye..skroll bwh..



.
.
.
.
.
.
.
.




outing ngan my family..

port yg menjd tumpuan ramai..sempat snap,wlpun terpaksa bersaing ngan org ramai..hehe

my mom & dad..logo bunga 1 malaysia..

mangsa keadaan..3 beranak yg sgt comey..serta merta menjd sgt popular pd mlm itu.

warning..!!

mimi yg ketakutan bunyi bunga api..

cantek..

luv firework..

org2 yg buat bunyik pd mlm itu..

olololo..comeynye..

floating boat..sebuah argenye Rm 10,000.. 

berasak-asak..sume panjang2,aku je rendah..

Putrajaya punyer..nice kan..

1st time tgk..nice but little bit weird..(jakun laa...)

penat..x larat dah nak mendukung mimi..duk jap..

okeh..dah puas tgk..hehe..i got to go now..nap time..gudnite uols..cayang kowang..muahhh..



Selasa, 12 Julai 2011

Hari Lahir ku..

Assalam..

Tanggal 8 julai 2011,genaplah umo aku 28 tahun..huhu.Aku rase cam x percaye je yg aku dah nak msk ke angka 30...oh nooo!!banyak benda lg aku nak buat dlm hidup nie.Mase muda2 camnila aku kena berusaha  keras,nnti dah berumo sikit mcm2 penyakit plak dtg,dahla keturunan aku ade mcm2 penyakit kronik..silap2 hb aku plak yg terkeno..sape tau kan.
Okla..aku mg x celebrate hari jadi sejak dr sekolah rendah lg..sblom tue aku x ingat..sb aku kecik lg,so sampaila skang aku x clebrate.Selalunye aku akan masak sedap2 n makan ape je yg aku suke(terutama kek).Aku  dah cukup gembire bile org yg kite sayang atau kwn2,memberi ucapan selamat & mendoakan aku..itula hadiah terbaek yg aku dpt..thank you so much guys..love u all..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


hehehe..:)))




Khamis, 7 Julai 2011

How to Bleach Teeth With Baking Soda



Smekom..

Slmt pagiii sume..dah gosok gigi ke..???

Haa..kat sini ade tutorial nak buat gigi anda lbh putih dgn baking soda.Baking soda nie selalu digunakan dalam membuat kek je kan..tp, kali nie baking soda digunakan tuk memutihkan gigi anda.sila ikut tutorial spt video di  atas ye.cik kiah byk keje ari,x boleh nak taip pjg2..so..slmt mencube ye.

homemade shampoo



Assalam..

lala..nak buat sampoo kat umah la...:)))))
bahan2nye senang..iaitu BAKING SODA,CUKA APPLE & MINYAK KELAPA..cam bese la.campurkan semua sekali dlam bekas spray..then goncang sikit supaya sume sebati okey.pastue leh la pakai seminggu sekali @ 2 kali seminggu.minyak kelapa jgn ltk terlalu byk,coz dia bleh mengeringkan rambut anda.

selamat mencobe lagiiiii..